Home + About us + Subscribe + Feedback + Kembara Xplore U  
.: KSelamat Datang Ke Laman Web MMP Communications:.
.: Circulation Kit :.
.: Media Kit :.
 
.: Klik pada majalah untuk lihat saiz sebenar :.
Untuk tempahan pengiklanan, hubungi: Zakhwan 012-357 8233, Azam 019-258 0249
 
 

.: More Photos:.
   
   
Mewujudkan Umat Islam Berilmu

Perjuangan untuk menegakkan kebaikan, khasnya kepada masyarakat dan umat Islam, memerlukan satu jangka waktu yang panjang. Perjalanan yang jauh dan berliku-liku itu biasanya akan memberi pengertian dan kenikmatan yang lebih besar berbanding hasil atau pencapaian yang diibaratkan sekadar menunggu “bulan jatuh ke riba”. Namun, dalam dunia yang begitu pantas hari ini, umat Islam dilihat masih mengatur langkah untuk bertatih, sedangkan kaum dan penganut agama lain sudah berlari menuju ke garisan penamat. Pergerakan yang terlalu perlahan untuk mengejar kemajuan akan hanya menjadikan umat Islam lemah dan sentiasa berada di barisan belakang. Status “duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi” dengan kaum-kaum lain, akan terus menjadi igauan. Ketika umat Islam mula belajar mengenai sesuatu teknologi, dunia sudah beralih kepada teknologi yang lebih canggih.

Gerakan paling besar dan mulia dalam Islam ialah perjuangan rasullullah s.a.w. menegakkan Islam. Halangan dan rintangan yang baginda lalui tidak ada tolok bandingannya. Namun, baginda rasullullah s.a.w. tidak sedikit pun patah semangat. Hari ini, dari segi bilangan dan pengaruh, Islam sudah berada pada landasan yang cukup kukuh. Namun, umat Islam masih menghadapi dugaan paling ketara – sukar bersaing dengan kaum dan penganut agama lain dalam pelbagai bidang. Puncanya ialah ilmu yang dimiliki umat Islam tidak dapat menandingi kaum lain. Meskipun ada umat Islam yang membuktikan kemampuan mereka dalam bidang tertentu, tetapi bilangan mereka masih terhad.

Selagi umat Islam tidak dapat menyaingi kemampuan ilmu yang dimiliki kaum lain khasnya dalam bidang-bidang penting dunia seperti sains dan teknologi, umat Islam akan terus ketinggalan. Jika selama ini umat Islam bercita-cita untuk menjadi umat pencipta teknologi, tetapi jika masih bertelagah dalam hal remeh-temeh, lupakan saja hasrat untuk menjadi umat yang inovatif dan progresif.


- Mior Kamarul Shahid -
 

Anak Angkat Juga Adalah Amanah

Assalamualaikum w.b.t.,
Setiap pasangan berkahwin pasti mendambakan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri dalam rumah tangga yang dibina. Namun, tidak semua berkesempatan merasai dan melalui detik-detik sebagai ibu atau ayah kerana tidak dikurniakan oleh Allah s.w.t.
Namun, bagi yang benar-benar tidak mampu mempunyai anak sendiri, satu cara paling mudah ialah mengambil anak angkat. Islam membenarkan pengambilan anak angkat ini selagi ia tidak terkeluar daripada landasan syarak yang ditetapkan.
Ini bermakna, seseorang anak angkat itu tidak boleh dinasabkan kepada bapa angkat kerana ia akan memberi pelbagai impak negatif jika diabaikan terutama dalam hal berkaitan perwalian, hal berkaitan aurat dan pembahagian harta.
Pandangan daripada penceramah bebas, Dr Robiah Kulup Hamzah yang dipaparkan dalam DISKUSI memberi satu pandangan baru yang mungkin selama ini tidak pernah terlintas di fikiran kita. Beliau mengandaikan pengambilan anak angkat sebagai satu ‘zakat jiwa’ iaitu pembersihan kepada hati manusia jika ia dilakukan dengan benar-benar ikhlas tanpa mengetepikan hukum syarak.
Walau anak angkat atau anak kandung, mereka tetap menjadi amanah yang wajib dijaga dan dilaksanakan dengan sempurna apatah lagi jika mereka adalah anak yatim. Pahala yang dijanjikan Allah s.w.t. sangatlah besar sebagaimana maksud hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud,
”Sebaik-baik rumah kaum Muslimin ialah rumah yang ada anak yatim yang diasuh dengan baik dan sejahat-jahat rumah kaum Muslimin adalah rumah yang ada anak yatim yang selalu diganggu dan disakiti hatinya.”
(Riwayat Ibnu Majah)
Justeru, bagi mereka yang terikut-ikut dengan trend pihak-pihak tertentu mengambil anak angkat, berfikirlah terlebih dahulu kerana ia bukanlah satu perkara mudah. Membesar dan mendidik anak adalah suatu tugas berat yang memerlukan ilmu yang tidak pernah usai.


- Norkhairana Pilus -

 

Dear readers,

Location, location and location.

This is what marketing consultants will tell you when it comes to selling, and they get paid thousands of RM for saying it in a day’s workshop. A mamak selling cendol and rojak can tell you the same thing by just looking at the trail of people queuing up for his bowl of iced cendol.

So did President Barack Obama.

He chose Cairo to engage the Muslim world. He got the product and he got the location. But the Muslims are not buying.
It still is the same shadow play, a play that can hardly hide US insincerity in wanting to solve the most tragic event in recent history – the confiscation of Palestinian land to create the state of Israel.
But this is the state of world we live in, where the strong overlords the weak with arrogance. What saddens us is the failure of the Muslim leaders to reply, thus giving room for those with extreme views to act with such vengeance on non-Muslims and Muslims alike.

What a disaster for Islam.

We have an opportunity, here in this country, to be exemplary Muslims. Yes… we have often heard praises of how wonderful our multi-ethnic and multi-religious society is, yet we have not really improved much in our relationships. We just get by and by.
Muslims in this country really do need to pull their socks up if we are to improve our state of harmony and tolerance, and gain the respect of others.

Let us not play with the shadows.

And (remember) when Luqman said to his son when he was advising him? My beloved son! Do not ascribe divine powers to anything besides Allah, for such a false ascribing of divinity to others is indeed a tremendous wrong?
(QS 31:13)

Zulkafly Baharuddin

Home + About us + Subscribe + Feedback + Kembara Xplore U  
 
MMP Communications © 2008 Copyright Reserved