.: Pengenalan
Kembara Xplore U adalah satu kempen yang digerakkan oleh MMP Communications Sdn Bhd sebagai menyahut seruan kerajaan dalam menjayakan kempen membaca peringkat kebangsaan. Kempen ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat khususnya generasi muda mengenai kepentingan meningkatkan penguasaan ilmu dalam apa jua bidang. Ini sejajar dalam melahirkan masyarakat maju demi menjayakan Wawasan 2020.
Visi MMP Communications Sdn Bhd
KEAZAMAN UNTUK MEMBAWA KEBAIKAN KEPADA MANUSIA SEJAGAT.
.: Objektif Kembara Xplore U
Memberi tanggapan yang positif terhadap Islam serta isu-isu yang melibatkan kepentingan Islam.
Memberi tanggapan yang positif terhadap Islam serta isu-isu yang melibatkan kepentingan Islam.
Memupuk serta membudayakan masyarakat agar minat membaca dan memilih bahan bacaan yang berkualiti.
.: Permasalahan
Berdasarkan carta di bawah hasil kajian yang dijalankan oleh Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun 2006 didapati bahawa majalah dibaca oleh sebahagian besar daripada mereka dalam kumpulan umur 15 hingga 34 tahun, selepas itu minat menurun lebih cepat daripada minat membaca surat khabar.
Penurunan terhadap minat membaca ini adalah amat memeranjatkan. Ini bertentangan dengan anggapan biasa bahawa semakin berumur seseorang itu semakin banyak masanya untuk membaca, dan mereka dianggap membaca apa sahaja jenis bahan bacaan untuk mengisi masa lapang. Walaubagaimanapun, perlu dicatatkan di sini, bahawa masyarakat Malaysia adalah masyarakat yang agak baru mencapai tahap literasi.
.: Foto Galeri
.: Universiti Industri Selangor :.
.: Universiti Malaya :.
.: Universiti Perguruan Sultan Idris :.
.: Institut Pengajian Tinggi Islam Johor :.
Kami mengalu-alukan kerjasama daripada semua pihak untuk menjayakan projek Kembara Xplore U ini.
Untuk keterangan lanjut, hubungi:
Ridzuan b. Besiri / Shahrul Azrin Shaharuddin
03-2273 5421